TROUBLE SHOOT WIRE TRIP - KAEDAH UNTUK CARI MASALAH TRIP WALAUPUN SEMUA MCB DAH OFF DAN LOAD DITANGGALKAN


DB single phase dan aksesori


Masalah ini kebiasaan nya adalah berpunca daripada kabel neutral yang sudah short dengan kabel bumi. 

Ia berlaku kerana beberapa sebab:-

1- Looping yang terlalu banyak. Contohnya 5 biji plug keatas untuk satu litar soket 13A
2- Overload
3- Wiring yang salah
4- Tidak ikut spec wiring
5- Load. Contohnya fitting lampu, 3 core kabel ke peti sejuk short dengan kabel bumi

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk selesaikan masalah ini:-

1-Guna multimeter/ insulation tester
*Kaedah ini lebih praktikal digunakan kerana:-
-Dapat trace kabel dengan cepat
-Jimatkan masa
-Tidak berlaku salah kabel

2-Guna kaedah biasa.
-Buka semua kabel neutral pada terminalnya dan touch kan satu demi satu kabel dekat terminal neutral hingga RCCB jatuh/trip. Bila RCCB trip, maka kita boleh consider kabel tersebut short dengan kabel earth

*Kaedah ini tidak digalakkan kerana:-
-rugikan masa trace satu-satu kabel dan perlu menunggu waktu yang lama untuk lihat RCCB trip.
-kemungkinan RCCB tidak trip, walaupun semua kabel neutral sudah di touch kan dekat terminal neutral. Jika kerosakan kabel neutral dan earth sudah serius, maka 
RCCB akan terus trip. Tapi jika kabel neutral dan kabel earth baru mencapai 30 peratus kerosakan, maka RCCB tidak akan trip.


Comments

Popular posts from this blog

Malacca Sultanate - Kesultanan Melaka